Friday, March 12, 2010

Wanita...

Assalamualaikum....rupanya sudah lama juga Niena tak menulis dan post pic dalam blog Niena ni....bermacam-macam perkara yg telah berlaku dan alhamdulillah Niena cuba hadapi dengan sabar walaupun ia kadang-kala mencabar kesabaran kita.... Di sini Niena nak berkongsi dengan rakan-rakan semua mengenai beberapa hadis Rasulullah s.a.w mengenai wanita yang telah Niena baca. Mungkin rakan-rakan semua ada yang sudah tahu mengenai hadis-hadis ini tetapi Niena postkan juga untuk tatapan dan ingatan kepada kita...Sebenarnya kita sebagai seorang wanita ini sangat bertuah sebab dengan menjaga keluarga kita sahaja kita sudah boleh mendapat ganjaran pahala yang besar.. Antaranya ialah

1. Doa seorg perempuan lebih makbul drpd lelaki sebab sifat penyayang kita lebih drpd lelaki.Rasulullah s.a.w bersabda "Ibu lebih penyayang drpd bapa dan doa org yg penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorg perempuan mengandung, maka malaikat beristifar untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak melahirkan anak, Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala seperti org yang berjihat ke jalan Allah.

4. Apabila seseorg perempuan melahirkan anak secara sah, terhapuslah dosa-dosa seperti keadaan ibunya yang melahirkannya.

5.Apabila seseorg perempuan menyusui anaknya, setiap tegukan susu yang dihisap oleh anaknya , setiap tegukan susu yang dihisap oleh anaknya itu diberikan satu kebaikan.

6. Apabila seseorg ibu tidak melelapkan mata semalaman menjaga anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t akan memberinya pahala seperti memerdekakan 70 org hamba dengan ikhlas demi membela agama Allah.

7. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api kerana memasak dengan ikhlas untuk keluarganya, akan dibebaskan daripada neraka.

8. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1,000 pahala dan diampuni 2,000 daripada dosa-dosanya.

9. Barangsiapa yang mengembirakan hati anak perempuannya, diberikan darjat seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan org yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

10. Barangsiapa membawa hadiah (brg makanan ke rumah ) dan diberikan kepada keluarganya, pahalanya adalah seperti bersedekah. Hendaklah mendahului anak perempuan drpd anak lelaki kerana sesiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

11. Apabila seseorg isteri membantu suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga lebih awal drpd suaminya kira 10,000 tahun.


tetapi ingatlah semua ni kena dilakukan dengan ikhlas tanpa merungut....agak2nya pernah tak kita merungut masa buat semua perkara ni..kadang-kadang tu ada juga isteri yg merungut sebab kena memasak utk keluarga sedangkan badan penat br blk dr kerja. Ada juga yg merungut sbb terpaksa berjaga malam ketika anak demam...Tapi bila kita baca hadis-hadis ni barulah kita sedar bhw betapa besarnya pahala yg kita dapat jika kita lakukan semua ni dengan ikhlas...bertuahnya kita sebagai wanita kerana dengan menjaga keluarga , byk kebaikan yg kita dapat...ada antara rakan-rakan Niena yg tidak mahu berkahwin, tidak mahu melahirkan anak dan bosan melakukan tugasan di rumah serta menjaga anak-anak..Alangkah ruginya mereka ini sbb tidak tahu menilai setiap pengorbanan yg telah mereka lakukan..O.k lah sampai di sini sahaja catatan Niena buat kali ini...Jika Niena ada masa, Niena akan postkan pic sulaman manik Niena yg telah lama tersimpan...Assalamualaikum.....