Monday, November 16, 2009

Manik Dandan

Assalammualaikum...Niena rasa lama jugak Niena tak post aktiviti sulaman manik Niena nie. Bukan apa, sibuk sikit menyelesaikan beberapa perkara...o.k kat sini Niena akan post salah satu lagi tempahan manik yang telah Niena terima daripada student IPTA ni...Student ni pernah menempah Manik Merah dulu. Seperti dulu, dia nak Niena jahitkan simple dibahagian leher dan hujung tangan sebab takut terlebih glam pulak pegi kuliah nanti.. Bajunya tiada bercorak...kosong jer....tapi kainnya ialah kain batik dengan gabungan warna-warna yg terdpt dlm manik2 yang Niena jahit nie.

sulaman manik dandan

jahiatan di bahagian leher dan hujung tangan

paduan warna yang cantik dan sesuai

p/s: Terima kasih kepada tuan baju nie...maaf akak terlupa nama...kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Niena di niena_azwar@yahoo.com atau niena@gmail.com ..

Friday, November 13, 2009

Japanese cotton


kod:A0380 dan A0369


Kod : A 0358 dan A0374


Kod: A0353 dan A0348

Kod: A 0072


Kod: A0069

Kod: A 0060


Kod: A 0057
Kain: Cotton
Corak: English flower
* Sejuk apabila dipakai
Harga: RM 90.00 setiap satu
Kos penghantaran bergantung pada tempat yang perlu dihantar
cepat2.....

Sari







Jenis Kain: Sari
Harga: RM 40.00 setiap satu
Kos penghantaran bergantung kepada tempat yang akan dihantar
Email: Nienazzz@gmail.com
Email sekarang jika berminat...jgn tunggu lama2...

Tuesday, November 10, 2009

Kain chiffon


Kod:A1140...............Kod:A0854..............Kod:A1137
Jenis: Kain chiffon
Harga: RM 100.00 setiap satu
Kos penghantaran bergantung tempat yang perlu dihantar
* Kain agak jarang dan perlu lining
* Kain cantik dan terdapat manik diatasnya

Berminat?

Kod:A1149 ................Kod:A 0455 .......Kod: A0482 .....Kod:A0501



Kod:A0902

Semua kain cotton cuma kod:A0455 sahaja kain Viscose

Harga: RM80.00 setiap satu
Kos penghantaran bergantung kepada tempat yang akan dihantar
E-mail Niena: Nienazzz@gmail.com


*Kain Viscose -kain yang sejuk cuma ia jatuh ke badan apabila dipakai
*Kain Cotton- kain yang sejuk dan sesuai dipakai kemana sahaja

Monday, November 2, 2009

Manik Purple

Assalammualaikum...lama jgk rasanyer xpost aktiviti sulaman manik Niena nie..Hari ni Niena post salah satu baju customer Niena dr Taiping...Baju nie pun Niena terima semasa kurang seminggu nak berhari raya...Dia minta Niena jahit dibahagian hujung tangan sahaja...Sebenarnyer baju kain kosong macam ni cantik klu dijahitkan sulaman manik berbunga2 menjalar dr hujung bawah baju naik ke atas tp sebabkan dia takut Niena xsempat jahitkan untuk dia jd dia minta Niena jahit dibahagian hujung tangan sahaja...









p/s: Tq Kak Timah...kepada sesiapa yg ingin menempah jahitan sulaman manik silalah hubungi Niena di niena_azwar@yahoo.com .

Wednesday, October 28, 2009

Pizza lagi

Assalamualaikum...petang semalam,lepas jer balik kerja..princess2 Niena ajak Niena pegi makan di Pizza Hut...Ape lagi...kan dulu Niena ader ckp, bile papa diorg xder mesti Pizza Hutl ah tempat dituju seperti dlm entry Kenyangnyer....pandai jer diorg pujuk Niena..siap bodek Niena lagi kata cantiklah, baiklah...jadi semalam Niena pun pegi dan order Pizza yang terbaru tu iaitu Crunchy Cheezy Bites with 3- Cheese Flavour. Pada Niena, xlah sesedap mana berbanding Pizza sebelum nih...tp sebabkan princess Niena ni siap membodek lg..layan jer lah..



pic dia bukan main lagi

berbeza kan ........

udangnyer pun berterabur





Tuesday, October 27, 2009

Sulaman Manik Pintalan Kasih

Assalammualaikum....hari ni Niena nak posts pic Sulaman Manik Pintalan Kasih sbb sewaktu nk menjahit sulaman ni hati Niena rasa seperti dilimpahi dengan kasih sayang...gembira jer dalam hati masa tu...x tension2...siap bleh masak Nasi Beriani lagi...nanti Niena bagi resepi Nasi Beriani plak tau..




Berbalik pada sulaman manik baju nie... baju nie kepunyaan Ema...anak kawan Niena...dulu Niena pernah jahitkan baju Green untuk dia...kali ni dia nak Niena jahitkan manik pada baju nie...Baju ni Ema pernah pakai sekali jer...pastu terus simpan dlm almari...Ema minta Niena jahitkan sulaman manik pintal, nak buat corak lain nnt cantik sangat...sayang sbb baju nie dh lama katanya...buat sulaman manik nie pun sbb nak mengembalikan mood utk pakai baju nie...

Suka Niena tengok baju ni sbb bila ditambah dgn sulaman manik, baju nie nampak lebih menyerlah

combination purple n green colour..sooooo nice :)

p/s: Tq Ema n Kak Kam... Jika ader sesiapa berminat , bolehlah email pada Niena di niena_azwar@yahoo.com

Monday, October 26, 2009

Kek Saper nie?

Jumaat lepas, anak sulung Niena minta Niena buatkan sesuatu untuk kwn2nya sempena Children Day's kt sek. Adoi..penat jgk Niena memikirkan aper yg nk dibuat....kata anak Niena..teacher suruh bwk healthy food shj...Niena pun jenuh memikir apa nk dibuat, Niena sampai dr tmp office ke rmh pun dh nk mlm..mn nk cari healthy food lg..akhirnya Niena pun bercadang utk bt cake...kira o.klah tu dr xder aper2...jd inilah kek coklat lembap yg Niena sempat bt...walaupun nampak simple tp Niena puas hati sbb kwn2 n teacher anak Niena ckp sedap..


Bahan-bahan:


185 gram butter


250 gram gula kastor


1 sudu teh tepung naik sendiri


250 ml susu cair


3 biji telur


6o gram sebuk koko


1 sudu teh soda bikarbonat


240 gram tepung


*bancuh serbuk koko dgn susu cair (pastikan coklat betul2 larut)



cara:


1. pukul butter, gula sampai lembut atau org biasa ckp kembang


2. masuk telur sebiji demi sebiji...adun lagi sampai rata.


3.pastu masuk tepung dan campuran koko td sedikit demi sedikit... Gaul sampai sebati...


4. masuk dalam acuan dan bakar pada suhu 180 celsius dlm 45 minit. sebelum masuk dlm oven pastikan oven sudah dipanaskan dahulu.


(kalau nk sdap lg..bleh taruk krim coklat kt atasnya..cairkan coklat masakan..tambah susu cair sikit..pastu tuang atas kek yg telah sejuk..tp yg ni, Niena cuma taruh gula warna-warni jer sbb mata pun dh mengantuk)


Yg ni plak kek sempena ulangtahun perkahwinan Niena yg ke-7, semoga Allah limpahkan rahmat dan kekalkan jodoh kami hingga ke akhir hayat..

Kelas sulaman manik dan labuci

Assalammualaikum.....hr nie baru Niena dpt online...alhamdullillah..dh dekat 4 hari internet kt rmh Niena ader problem...hari ni Niena nak post pasal kelas sulaman manik dan labuci yang pernah Niena ikuti...Niena pernah ikuti 2 kelas sulaman manik dan labuci ....Kali ni Niena nak cerita pasal kelas sulaman Niena bersama Kak Nora..

Kelas yg Niena ikuti bersama Kak Nora ni sekadar untuk memantapkan dan menambahkan kemahiran sulaman yg ader...Selain itu, Niena juga dpt memperolehi tip2 berguna yg akan 'dibocorkan' oleh Kak Nora. Kak Nora ni best orgnye..xlokek ilmu..dia ni ader Master in It ttp mempunyai minat yg kuat dlm menyulam manik...maka kedua2 bidang diceburi serentak. Butik Kak Nora juga ader menaja pakaian untuk rancangan Mari Mengaji di TV9 dan menghasilkan tudung Myza Collection..yg dutanye Maizawati tur.....

Selain drpd menambah ilmu...di kelas ni juga Niena dpt berkenalan dgn peserta dr berbagai2 latarbelakang.. antaranya Kak Yazlina,merupakan pembuat perbagai jenis kek dan biskut yg berjaya memasuki pasaran Ngri Perak...nnti bleh Niena tempah cupcake yer...Kak Normah, pemilik butik membuat pakaian dan akan menjadi salah seorg tenaga pengajar yg bertauliah...jgn lupa hantar sulaman manik pd Niena...Adik Fatien dan kakaknya, mempunyai bisnes hiasan dalaman walaupun usia br 19 dan 20 tahun..good luck girlz..


Niena dgn Fatien...Fatien tgh syok citer pasal bf dia nie ajak kawin



Antara peserta lain..tp yg hebatnye makcik yg baju kuning,tudung putih tu..semangat sungguh
mengalahkan yg muda..langsung xbersembang






'Lurus jer tau...mcm tiang tel...jgn bengkang bengkok..nanti nama sulaman tu jd mcm ular kn ketok'..kata Kak Nora


cewah..ni Niena tgh kusyuk menjahit nie..bt2 mcm xperasan camera.. control...control..



akhirnya....alamak..apsal pic nie blur jer!..