Wednesday, October 28, 2009

Pizza lagi

Assalamualaikum...petang semalam,lepas jer balik kerja..princess2 Niena ajak Niena pegi makan di Pizza Hut...Ape lagi...kan dulu Niena ader ckp, bile papa diorg xder mesti Pizza Hutl ah tempat dituju seperti dlm entry Kenyangnyer....pandai jer diorg pujuk Niena..siap bodek Niena lagi kata cantiklah, baiklah...jadi semalam Niena pun pegi dan order Pizza yang terbaru tu iaitu Crunchy Cheezy Bites with 3- Cheese Flavour. Pada Niena, xlah sesedap mana berbanding Pizza sebelum nih...tp sebabkan princess Niena ni siap membodek lg..layan jer lah..



pic dia bukan main lagi

berbeza kan ........

udangnyer pun berterabur





Tuesday, October 27, 2009

Sulaman Manik Pintalan Kasih

Assalammualaikum....hari ni Niena nak posts pic Sulaman Manik Pintalan Kasih sbb sewaktu nk menjahit sulaman ni hati Niena rasa seperti dilimpahi dengan kasih sayang...gembira jer dalam hati masa tu...x tension2...siap bleh masak Nasi Beriani lagi...nanti Niena bagi resepi Nasi Beriani plak tau..




Berbalik pada sulaman manik baju nie... baju nie kepunyaan Ema...anak kawan Niena...dulu Niena pernah jahitkan baju Green untuk dia...kali ni dia nak Niena jahitkan manik pada baju nie...Baju ni Ema pernah pakai sekali jer...pastu terus simpan dlm almari...Ema minta Niena jahitkan sulaman manik pintal, nak buat corak lain nnt cantik sangat...sayang sbb baju nie dh lama katanya...buat sulaman manik nie pun sbb nak mengembalikan mood utk pakai baju nie...

Suka Niena tengok baju ni sbb bila ditambah dgn sulaman manik, baju nie nampak lebih menyerlah

combination purple n green colour..sooooo nice :)

p/s: Tq Ema n Kak Kam... Jika ader sesiapa berminat , bolehlah email pada Niena di niena_azwar@yahoo.com

Monday, October 26, 2009

Kek Saper nie?

Jumaat lepas, anak sulung Niena minta Niena buatkan sesuatu untuk kwn2nya sempena Children Day's kt sek. Adoi..penat jgk Niena memikirkan aper yg nk dibuat....kata anak Niena..teacher suruh bwk healthy food shj...Niena pun jenuh memikir apa nk dibuat, Niena sampai dr tmp office ke rmh pun dh nk mlm..mn nk cari healthy food lg..akhirnya Niena pun bercadang utk bt cake...kira o.klah tu dr xder aper2...jd inilah kek coklat lembap yg Niena sempat bt...walaupun nampak simple tp Niena puas hati sbb kwn2 n teacher anak Niena ckp sedap..


Bahan-bahan:


185 gram butter


250 gram gula kastor


1 sudu teh tepung naik sendiri


250 ml susu cair


3 biji telur


6o gram sebuk koko


1 sudu teh soda bikarbonat


240 gram tepung


*bancuh serbuk koko dgn susu cair (pastikan coklat betul2 larut)



cara:


1. pukul butter, gula sampai lembut atau org biasa ckp kembang


2. masuk telur sebiji demi sebiji...adun lagi sampai rata.


3.pastu masuk tepung dan campuran koko td sedikit demi sedikit... Gaul sampai sebati...


4. masuk dalam acuan dan bakar pada suhu 180 celsius dlm 45 minit. sebelum masuk dlm oven pastikan oven sudah dipanaskan dahulu.


(kalau nk sdap lg..bleh taruk krim coklat kt atasnya..cairkan coklat masakan..tambah susu cair sikit..pastu tuang atas kek yg telah sejuk..tp yg ni, Niena cuma taruh gula warna-warni jer sbb mata pun dh mengantuk)


Yg ni plak kek sempena ulangtahun perkahwinan Niena yg ke-7, semoga Allah limpahkan rahmat dan kekalkan jodoh kami hingga ke akhir hayat..

Kelas sulaman manik dan labuci

Assalammualaikum.....hr nie baru Niena dpt online...alhamdullillah..dh dekat 4 hari internet kt rmh Niena ader problem...hari ni Niena nak post pasal kelas sulaman manik dan labuci yang pernah Niena ikuti...Niena pernah ikuti 2 kelas sulaman manik dan labuci ....Kali ni Niena nak cerita pasal kelas sulaman Niena bersama Kak Nora..

Kelas yg Niena ikuti bersama Kak Nora ni sekadar untuk memantapkan dan menambahkan kemahiran sulaman yg ader...Selain itu, Niena juga dpt memperolehi tip2 berguna yg akan 'dibocorkan' oleh Kak Nora. Kak Nora ni best orgnye..xlokek ilmu..dia ni ader Master in It ttp mempunyai minat yg kuat dlm menyulam manik...maka kedua2 bidang diceburi serentak. Butik Kak Nora juga ader menaja pakaian untuk rancangan Mari Mengaji di TV9 dan menghasilkan tudung Myza Collection..yg dutanye Maizawati tur.....

Selain drpd menambah ilmu...di kelas ni juga Niena dpt berkenalan dgn peserta dr berbagai2 latarbelakang.. antaranya Kak Yazlina,merupakan pembuat perbagai jenis kek dan biskut yg berjaya memasuki pasaran Ngri Perak...nnti bleh Niena tempah cupcake yer...Kak Normah, pemilik butik membuat pakaian dan akan menjadi salah seorg tenaga pengajar yg bertauliah...jgn lupa hantar sulaman manik pd Niena...Adik Fatien dan kakaknya, mempunyai bisnes hiasan dalaman walaupun usia br 19 dan 20 tahun..good luck girlz..


Niena dgn Fatien...Fatien tgh syok citer pasal bf dia nie ajak kawin



Antara peserta lain..tp yg hebatnye makcik yg baju kuning,tudung putih tu..semangat sungguh
mengalahkan yg muda..langsung xbersembang






'Lurus jer tau...mcm tiang tel...jgn bengkang bengkok..nanti nama sulaman tu jd mcm ular kn ketok'..kata Kak Nora


cewah..ni Niena tgh kusyuk menjahit nie..bt2 mcm xperasan camera.. control...control..



akhirnya....alamak..apsal pic nie blur jer!..

Thursday, October 22, 2009

Manik Merah

Assalammualaikum...dah 2 hr Niena xdpt nk update blogniena sbb Niena tak sihat, demam...lambatlah sikit nk post pic nie..Jadi hari ni Niena nak post pic salah satu baju customer Niena...Dia nie student IPTA yg balik bercuti...jadi dia nk Niena jahitkan manik simple jer di baju ni sbb takut glam sgt plak bila pg kuliah. Yelah..muda lg..baju yg dia bagi ni ialah baju kosong merah hati dan kainnya ialah kain batik bercorak gabungan warna gold dan merah...


jahitan dibahagian leher dan hujung tangan





manik dibawah baju,hujung tangan dan leher baju

Kepada sesiapa yg berminat bolehlah hantar email pd Niena di niena_azwar@yahoo.com untuk tempahan...terutama sesiapa yg berada di Ipoh, Taiping dan kws sekitar yg berdekatan blehlah hubungi Niena...

p/s: Kepada student ni...Niena pun terlupa namanya..terima kasih sbb percaya pd Kak Niena..lain kali bleh tempah lg..sebenarnya student ni ada menempah manik utk sehelai lg baju dia...selepas berpuas hati dgn baju ni...nnt Niena postkan pic baju tu..

Monday, October 19, 2009

Mungkin anda tidak sedar

Sebenarnya artikel ni Niena dah lama simpan...Niena rasa dekat 6 tahun jugak le Niena simpan...Jom Niena nak kongsi dengan kwn2 sumer...Sesuatu yang anda tidak sedar atau tidak terfikir langsung
1. Sekurang-kurangnya ada lima org dlm dunia ni menyayangi anda dan sanggup mati untuk anda....ye ke ..... alhamdullillah.
2. Sekurang2nya ada 15 org dlm dunia ni meyayangi anda dlm berbagai cara.....ini mungkin ader cm lebih dr 15 org kot.
3. Sebab utama sesorg membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.....yg ni memang Niena percaya sbb seseorg tu mmg xsuka pd kita ttp tanpa kita sedari sebenarnya dia mengambil tahu rupanya setiap perkembangan diri kita..xkiralah utk dijadikan bhn gosip atau sekadar ambil berat kot...setuju?
4. Senyuman drpd anda boleh membawa kebahagian kpd seseorg wlaupun dia xmenyukai anda.....betul,sbbnya mungkin bila dia senyum..muka dia tetap nampak muka org berdengki, cengeh dan xikhlas.
5. Setiap mlm ada seseorg mengingati anda sebelum dia tidur.....ni betul, mgkn sbb memikirkan kat mn nak ajak anda makan pagi esok atau cari apa yg ada pd anda utk dijadikan bhn gosip... paling penting cik abg mesti kn ingat kita sblum tidor tau
6. Anda amat bermakna dlm hidup seseorg...ini silap sikit sbb bkn utk seseorg ttp untuk ramai org...
7. Kalau bkn krn anda, seseorg tu tidak akan hidup bahagia.....o...yg ni sudah pasti
8. Anda seorg yg istimewa dan unik....o..tq,tq
9. Seseorg yg anda tidak ketahui menyayangi anda.......ye ke? siapa?
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sgt besar, ada hikmah disebaliknya....terimalah dgn hati yg terbuka
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.....betul! tp kadang2 tu baik pinggirkan diri drpd join benda2 xberpaedah spt suka bergosip, org xberfikiran matang, suka meninggi diri-boringlah org cm nie.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yg anda inginkan, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pd diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.....betulllllllllll
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci dan cela....benda ni mmg baik ttp nk lakukannya mmg susah...kn banyak sabar
14. Jgn takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorg mengetahuinya.......ttp bkn sumer bleh diluahkan pd org lain. Setuju?
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa utk memberitahunya yang dia adalah yg terbaik......ross,aini,ann....buat ms nie..anda adalah yg terbaik buat saya...klu ader yg tertinggal...ampun!
sekian.

PMS

Hari Jumaat dan Sabtu lepas, Niena dgn rakan sekerja ader ikuti PMS (Program Merakyatkan Seni Budaya)...Program ni melibatkan semua agensi dibwh KPKK dan agensi luar seperti bomba, polis, penjara, KKM, SPR dll. Program ni ader pameran, kenduri rakyat, program kesenian dan kebudayaan, sukan rakyat dll. Mggu lepas kwn2 Niena ikuti PMS di Felda Langkap, Tapah, Perak... Mggu ni plak Niena n kwn2 yg lain ke Felcra Lekir, Sitiawan, Perak...Niena ingatkan Felcra Lekir ni terletak jauh dari pekan Sitiawan dan berada di dalam kebun getah...rupanya tidaklah berapa jauh sgt dr pekan Sitiawan...namun pokok2 getah tu masih ader....Aini plak ingat kawasan felcra nie hanya ader pokok2 getah dan rumah2 kampung...tetapi kat sini sebenarnya dh maju, rumah pun cantik2 dan masih juga ader yg mengekalkan sebahagian rumah2 lama dan ditambah dengan rumah batu...cantik ttp Niena terlupa plak nak tangkap gambar. Kanak2 pun bebas berlari kesana kemari tanpa pengawasan ibu bapa sedangkan jika kita berada di bandar pasti awal2 lg sudah dimarahi ibu dan ayah...Tetapi PMS kali ni tidak sebest sblum ni sbb serentak dgn Sambutan Gagasan 1 Malaysia yang diadakan di Stadium Ipoh.


rakan Niena yg sibuk memasang panel

Niena pun ader jugak


Aini (berdiri), Ann(kiri), Hasbi setelah penat...jom pi Lumut, esok plak sambung



Aini 'n' Niena

Ader saper2 jeles tak rasanyer?


Abg An, solo lg tau


Ape korg mkn tu?


Sambutan Gagasan 1 Malaysia

Assalammualaikum....Hari Jumaat lepas, Niena ader program PMS(Program Merakyatkan Seni Budaya) di Sitiawan...Kat sana, xramai sgt org yg hadir sbb serentak dgn Pelancaran Gagasan 1 Malaysia Bersama Rakyat yg dirasmikan oleh Datuk Seri Najib di Ipoh. Tetapi Niena sempatlah pegi kedua-dua tmp. Hari Jumaat n Sabtu di PMS..hr Ahad di Stadium Indera Mulia, Ipoh...Jom kita tgk betapa ramainye org kt stadium...Niena sampai pun sewaktu Datuk Seri Najib br nak berucap dan keluar sewaktu laungan 1 Malaysia...Bkn apa, Niena takut tersangkut lak sbb lebih kurang 60,000 org yg hadir ..
keadaan di tengah2 padang

pentas utama

PM sedang berucap


ramainyer org


tidak lupa juga makcik2 yg sedang sibuk membeli-belah di expo jualan



Thursday, October 15, 2009

Green



Assalammualaikum...niena nak post satu lagi pic baju anak kawan Niena. Ema namanya..Full name niena pun tak tanya pulak...Ema ni memang tak suka pakai baju kurung, jadi mak dia, Kak Kam minta Niena jahitkan baju Ema untuk pakai pada Hari Raya baru2 ni.

Ema minta Niena jahitkan simple dibahagian leher dan diselang-seli dengan bunga-bunga kecil. Pada bahagian hujung lengan baju, Ema minta Niena jahitkan sama seperti jahitan baju berwarna hijau yang pernah Niena post picnya dulu...Tulah dia anak-anak sekarang, mereka dah pandai menentukan kehendak mereka sendiri..Tak mcm zaman Niena kecil2 dulu..mak Nienalah yang buat keputusan...kite ikut jer...


jahitan dibahagian leher



jahitan dibahagian hujung tangan

Dan akhirnya mak Ema ni beritahu pada Niena,Hari Raya baru2 ni, Ema telah menggayakan baju ni dihadapan sepupu-sepupunya...Bangga sungguh dia dipuji cantik....

P/s: Terima kasih Kak Kam sebab beri Niena peluang ni...Pada Ema, jgn lupa tempah lagi.

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah email pada Niena di niena_azwar@yahoo.com ...da.....